KUALA LUMPUR: Penganjuran Program Syarahan Parlimen yang kini memasuki siri kedua akan diteruskan sebagai acara bulanan bagi membolehkan masyarakat memberikan pandangan berhubung cara tadbir urus negara yang baik.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul berkata ini penting kerana Parlimen bukan sahaja institusi yang menguruskan hal perundangan negara, tetapi juga berperanan dalam membentuk kepimpinan yang berwibawa untuk masa depan.
"Oleh itu, mengambil semangat untuk mengangkat semula martabat negara melalui cara tadbir urus kerajaan yang adil dan saksama dalam melaksanakan dasar-dasar yang holisitik, siri syarahan ini kita rancang untuk adakan setiap bulan bagi tempoh lima tahun.
"Ia telah dipersetujui Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim kerana kita mahu bersama-sama membuka ruang seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja yang ingin memberikan pandangan," katanya ketika merasmikan Program Syarahan Parlimen 2.0 Tahun 2023 bertajuk 'Budi Membentuk Tamadun Dalam Konteks Masyarakat MADANI' di Bangunan Parlimen hari ini.
Johari berkata dalam agenda pembangunan negara, semua pihak harus ada kesedaran untuk memberikan nafas yang sinergistik kerana ia adalah ikhtiar konsep MADANI dalam memetakan strategi pentadbiran negara secara berkesan.
Bagaimanapun ikhtiar itu, katanya haruslah menekankan kepada pemerkasaan ekonomi dan budaya yang berteraskan nilai, etika atau akhlak.
"Sehubungan itu, pemerkasaan institusi kerakyatan, reformasi institusi, perdebatan polisi dan wacana di ruang awam yang menjadi antara medan gerak kerja masyarakat madani harus sentiasa berpaksikan prinsip, nilai, etika dan moral yang bukan sahaja universal, bahkan adil dan seimbang selain turut mengambil kira faktor agama, budaya dan sensitiviti masyarakat yang dinamik sifatnya.
"Rakyat yang diwakili oleh pergerakan masyarakat sivil harus juga bertindak seiring, seia sekata dengan penuh sedar, bertanggungjawab dan memainkan peranan yang positif dalam agenda menjunjung nilai, moral, akhlak dan etika," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 27 2023
Johari berkata ini penting kerana Parlimen bukan sahaja institusi yang menguruskan hal perundangan negara, tetapi juga berperanan dalam membentuk kepimpinan yang berwibawa untuk masa depan. - Gambar fail
Ustaz Don seru jabatan agama keluar garis panduan ‘dating’ mencari jodoh
Jelas Ustaz Don, Islam tidak mengongkong umatnya tanpa alasan munasabah namun ia menyekat perkara-perkara yang boleh merosakkan generasi.
Lelaki warga emas ditemukan lemas dalam longkang
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, pihak polis menerima laporan daripada orang awam pada 2.30 petang.
Polis mohon bantuan kesan kanak-kanak perempuan hilang
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata Ibu Pejabat Polis Daerah Muar menerima laporan mengenai kehilangan Thiriyashini Murali Krishna yang beralamat di No 29 Jalan Jaya 2/8, Taman Pagoh Jaya, Panchor, Muar, Johor.
LRA Labohan Dagang beroperasi sepenuhnya - Air Selangor
Bekalan air telah mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna bermula 5 pagi ini.
JAKIM perlu lebih agresif terap nilai qurani dalam kehidupan masyarakat - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata tidak ada jalan yang lebih baik untuk membangunkan Malaysia MADANI melainkan membiasakan diri dengan al-Quran, memahami dan menelaah kandungannya agar mudah diterjemahkan dalam kehidupan seharian.
236,000 pek makanan MRE dapat kelulusan Arab Saudi
Kelulusan oleh Agensi Makanan dan Ubat-Ubatan Arab Saudi membolehkan Lembaga Tabung Haji (TH) dan rakan strategik, Mashariq menguruskan sajian makanan sedia dimakan (MRE) kepada jemaah haji Malaysia semasa Masyair nanti.
Pelantikan Pengerusi SPR penting untuk reformasi hala tuju
Yan Ke berkata berpandangan reformasi yang dilaksanakan Kerajaan Perpaduan setakat ini juga berada pada tahap tidak memuaskan dan prestasi berkenaan boleh dipertingkatkan.
Banyak negara tunjuk minat untuk kerjasama dengan Malaysia
Banyak negara menyatakan minat untuk menjalinkan kerjasama dengan Malaysia dalam bidang pengajian tinggi.
Hubungan kukuh Malaysia-China sangat istimewa - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hubungan kukuh dua hala Malaysia dan China yang terjalin sejak 50 tahun lepas adalah sangat istimewa.
PTVM harap ekosistem kondusif bagi industri kandungan televisyen
Industri kandungan perlu dibentuk dengan lebih berstruktur bagi memastikan daya saing dan kemampuan menarik pihak korporat untuk melabur.
Program Syarahan Parlimen dijadikan acara bulanan - Johari
Penganjuran Program Syarahan Parlimen yang kini memasuki siri kedua akan diteruskan sebagai acara bulanan bagi membolehkan masyarakat memberikan pandangan berhubung cara tadbir urus negara yang baik.